Wednesday, October 28, 2009
Ulasan Artikel 2
Artikel 2 ini bertajuk " Highly-Cherished". Pada zaman sekarang, penggunaan barangan elektronik / electronic gadge tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia juga merupakan keperluan yang diperlukan oleh setiap individu dan bukannya kehendak lagi. Ini dapat dilihat, contohnya penggunaan telefon bimbit pada masa dahulu digunakan oleh golongan elit sahaja, tetapi pada zaman sekarang ia digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk budak sekolah dan kanak-kanak. Telefon bimbit juga dijadikan keperluan hidup. Ini dapat dilihat bahawa penggunaan barang elektronik merupakan kelengkapan kehidupan. Barangan elektronik seperti telefon bimbit, kamera, MP3, ipod, lap top mudah untuk dibawa kemana sahaja.
Golongan pelajar dan belia dilihat sebagai orang yang memerlukan barangan elektronik ini. Barangan elektronik seperti Laptop ini dilihat mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar. Laptop digemari oleh pelajar kerana mudah di bawa kemana sahaja. contohnya mereka boleh berada di persekitaran universiti atau kedai makan yang mnyediakan kemudahan WiFi untuk mendapatkan perkhidmatan WiFi.
Ribuan ringgit dihabiskan oleh sesetengah masyarakat untuk memiliki barangan elektronik ini. Golongan ini mementingkan kepuasan dan bikannya kerugian wang ringgit. Mereka seolah-olah ' histeria' apabila barangan elektonik / electronic gadget itu muncul dipasaran.
Kesimpulannya artikel ini ialah penggunaan teknologi-teknologi seperti ini akan terus berkembang dari masa ke semasa. Setiap individu di dunia ini memerlukan barangan elektronik / electronic gadget untuk keperluan hidup mereka. Barangan elektronik / electronic gadget seperti telefon bimbit, laptop, ipod, MP3, kamera dan pelbagai barangan elektronik yang ada di pasaran alam terus digilai dan terus menyinari diri setiap individu di dunia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment