-Artikel 1 bertajuk "Communicating for a new age".Artikel ini mengisahkan tentang peranan komunikasi itu sendiri berubah dari masa ke semasa dan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Penulis artikel ini sendiri ingin melihat bagaimana kesan komunikasi dari satu generasi ke satu generasi lain dan kesannya dalam sektor pekerjaan. Menurut Carol Kinsey Goman,generasi baru yang memasuki dunia pekerjaan akan membawa cara baru dalam pekerjaan mereka. Disini sahaja kita dapat melihat bahawa perbezaan sesuatu generasi itu akan membawa kepada pendekatan berbeza yang digunakan dalam sektor pekerjaan.
-Pengkelasan mengikut generasi dapat dilihat seperti berikut:
i)veteran generation=1927-1945, ii)baby boomers=1946-1964, iii)generation x=1965-1983, iv)generation y=1984-sekarang.
-Sudah pasti setiap institusi pekerjaan menginginkan para pekerja mereka terdiri daripada generasi-y. Ini adalah disebabkan pada zaman moden ini, setiap pekerjaan memerlukan pekerjanya pakar menggunakan teknologi seperti komputer dan sebagainya. Perhubungan diantara pekerja dan majikan juga semakin mudah apabila e-mail mula menjadi medium penghubung berbanding secara bersemuka dan sebagainya. Hal ini kerana teknologi itu sendiri yang yang mengubah cara manusia berhubung.
-Walaupun ramai pekerja dalam kumpulan generasi-y,akan tetapi penggunaan kaedah perhubungan dalam setiap generasi boleh dikekalkan jika ia bertepatan dan relevan dengan kehendak semasa.Sebagai contoh saluran bersemuka masih boleh digunakan kerana ia lebih mudah dan bekesan jika dilaksanakan dalam setiap pekerjaan, Ini akan lebih memberikan jawapan yang releven dan rasional melalui bersemuka dan keputusan yang dibuat adalah mengikut kepuasan kedua-dua pihak melalui bersemuka.
-Kesimpulannya dapatlah dilihat bahawa generasi-y merupakan satu generasi yang begitu maju dalam penggunaan teknologi. sedikit sebanyak menyokong artikel tersebut dan beranggapan kita tidak boleh lari dari menggunakan teknologi dan apabila kita bercakap mengenai teknologi ini ia sedikit sebanyak merujuk kepada generasi-y.
-Generasi-y ini akan terus berkembang dan memainkan peranan yang penting di dalam sektor pekerjaan. Akan tetapi generasi-generasi terdahulu mempunyai kesukaran namun mereka perlu menerima dengan seadanya bahawa generasi mereka telah berlalu dan perlu membiarkan generasi-y terus berkembang dan memacu sektor pekerjaan.
-Dalam dunia globalisasi ini, kita harus merebut peluang untuk mempelajari dunia teknologi supaya dapat memudah dan mempercepatkan kerja supaya seiring dengan dunia globalisasi pada masa kini.
No comments:
Post a Comment