Wednesday, October 28, 2009

Ulasan Artikel 3


Artikel 3 bertajuk " Facilitating Long Distance Relationship between Malaysia Grandparent ( GP ) and Grandchildren ( GC ) Living in the UK throught Computer Mediated Communication ". Artikel ini ditulis oleh Nazean Jomhari & Sri Hastuti Kurniawan dari Manchester Business School, University og Manchester, UK.

Artikel ini ingin melihat bahawa bertapa pentingnya komputer sebagai media komunikasi yang mampu untuk mengikat hubungan antara GP & GC. GP yang berada di Malaysia dan GC yang berada di luar Malaysia yang ingin melihat bagaimana hubungan mereka yang berada di tempat yang berbeza.

Peribahasa " Air dicincang tidak akan putus " adalah tepat. Ini adalah dapat dibuktikan bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan putus apabila komputer digunakan sebagai media perhubungan. Ini dapat dilihat antara GP & GC menggunakan internet, video conference, e-mail, yahoo messenger dan banyak lagi sebagai penyambung jarak jauh ini.

Mengikut statistik data, UK & Ireland menjadi pilihan para pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran mereka di luar negara. Ini tidak menjadi penghalang untuk GP & GC untuk berhubung. Jika pada tahun 70-an atau sebelum itu lagi, agak sukar untuk pelajar Malaysia untuk berhubung. Namun pada waktu sekarang istilah " Dunia dihujung jari " memudahkan mereka untuk berhubung. Kecanggihan teknologi merapatkan hubungan antara GP & GC.

Penggunaan komputer sebagai media komunikasi pada waktu ini dilihat sebagai keperluan untuk hidup kerana teknologi dilihat mampu untuk menghubungkan orang yang jauh dan kos penggunaannya adalah murah serta boleh digunakan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya dapatlah dilihat mengenai artikel ini bahawa teknologi komunikasi mampu mengekalkan hubungan jarak jauh antara GP & GC. Melalui teknologi ini, mereka dapat berhubung pada bila-bila masa dan dimana jua berada. Dengan ini perhubungan GP & GC tidak akan terputus samapi bila pun.

No comments:

Post a Comment