Sunday, November 1, 2009
Ulasan Artikel 6
-Teknologi Komunikasi sentiasa berubah dan begitu juga dengan syarikat telekomunikasi. Pada masa dahulu, syarikat telekomunikasi belum lagi beroperasi dengan jaya, penggunaan telefon hanya digunakan oleh golongan elit sahaja, namun apabila syarikat telekomunikasi berkembang dengan maju, penggunaan telefon digunakan dengan meluas.
-Bob Cullen mengatakan bahawa ' One billion people will use the internet by 2005'. Hal ini menyebabkan Syarikat-syarikat telekomuniksi berlumba-lumba dan bersaing untuk mengusai masyarakat menggunakan internet.
- kesimpulannya, syarikat-syarikat telekomunikasi membawa lembawa lembaran baru kepada masyarakat untuk mengusai bidang teknologi. Masyarakat harus cekap mengusai memilih syarikat telekomunikasi yang terbaik.
Ulasan Artikel 5
-Artikel ini mengisahkan tentang teknologi komunikasi memudahkan manusia berhubung contohnya telefon. Alexander Graham Bell merupakan pencipta telefon yang penciptaannya telah membawa dimensi baru dalam sistem teknologi.
-Telefon lebih efisyen jika dibandingkan dengan e-mail. Ini adalah disebabkan kita tidak dapat mendengar e-mail dan tidak mengetahui reaksi orang yang menghantar email jika dibandingkan dengan telefon.
-Kesimpulannya, teknologi komunikasi seperti telefon membawa banyak kebaikan, akan tetapi masyarakat yang salah menggunakannya dan menyebabkan keburukan.
Ulasan Artikel 4
-Artikel ini mengisahkan perbezaan antara guru dan anak murid yang mana anak murid lebih celik IT manakala guru masih lagi mengajar dengan cara yang lama.
-Dengan ini, para pendidik perlu melakukan tranformasi mengenai cara pengajaran mereka. Teknologi komunikasi banyak membantu dalam badang pendidikan.
-Kesimpulannya, para pendidik dan pelajar perlu seiring dalam prosek pendidikan teknologi terkiri bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Wednesday, October 28, 2009
Ulasan Artikel 3
Artikel 3 bertajuk " Facilitating Long Distance Relationship between Malaysia Grandparent ( GP ) and Grandchildren ( GC ) Living in the UK throught Computer Mediated Communication ". Artikel ini ditulis oleh Nazean Jomhari & Sri Hastuti Kurniawan dari Manchester Business School, University og Manchester, UK.
Artikel ini ingin melihat bahawa bertapa pentingnya komputer sebagai media komunikasi yang mampu untuk mengikat hubungan antara GP & GC. GP yang berada di Malaysia dan GC yang berada di luar Malaysia yang ingin melihat bagaimana hubungan mereka yang berada di tempat yang berbeza.
Peribahasa " Air dicincang tidak akan putus " adalah tepat. Ini adalah dapat dibuktikan bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan putus apabila komputer digunakan sebagai media perhubungan. Ini dapat dilihat antara GP & GC menggunakan internet, video conference, e-mail, yahoo messenger dan banyak lagi sebagai penyambung jarak jauh ini.
Mengikut statistik data, UK & Ireland menjadi pilihan para pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran mereka di luar negara. Ini tidak menjadi penghalang untuk GP & GC untuk berhubung. Jika pada tahun 70-an atau sebelum itu lagi, agak sukar untuk pelajar Malaysia untuk berhubung. Namun pada waktu sekarang istilah " Dunia dihujung jari " memudahkan mereka untuk berhubung. Kecanggihan teknologi merapatkan hubungan antara GP & GC.
Penggunaan komputer sebagai media komunikasi pada waktu ini dilihat sebagai keperluan untuk hidup kerana teknologi dilihat mampu untuk menghubungkan orang yang jauh dan kos penggunaannya adalah murah serta boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kesimpulannya dapatlah dilihat mengenai artikel ini bahawa teknologi komunikasi mampu mengekalkan hubungan jarak jauh antara GP & GC. Melalui teknologi ini, mereka dapat berhubung pada bila-bila masa dan dimana jua berada. Dengan ini perhubungan GP & GC tidak akan terputus samapi bila pun.
Ulasan Artikel 2
Artikel 2 ini bertajuk " Highly-Cherished". Pada zaman sekarang, penggunaan barangan elektronik / electronic gadge tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia juga merupakan keperluan yang diperlukan oleh setiap individu dan bukannya kehendak lagi. Ini dapat dilihat, contohnya penggunaan telefon bimbit pada masa dahulu digunakan oleh golongan elit sahaja, tetapi pada zaman sekarang ia digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk budak sekolah dan kanak-kanak. Telefon bimbit juga dijadikan keperluan hidup. Ini dapat dilihat bahawa penggunaan barang elektronik merupakan kelengkapan kehidupan. Barangan elektronik seperti telefon bimbit, kamera, MP3, ipod, lap top mudah untuk dibawa kemana sahaja.
Golongan pelajar dan belia dilihat sebagai orang yang memerlukan barangan elektronik ini. Barangan elektronik seperti Laptop ini dilihat mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar. Laptop digemari oleh pelajar kerana mudah di bawa kemana sahaja. contohnya mereka boleh berada di persekitaran universiti atau kedai makan yang mnyediakan kemudahan WiFi untuk mendapatkan perkhidmatan WiFi.
Ribuan ringgit dihabiskan oleh sesetengah masyarakat untuk memiliki barangan elektronik ini. Golongan ini mementingkan kepuasan dan bikannya kerugian wang ringgit. Mereka seolah-olah ' histeria' apabila barangan elektonik / electronic gadget itu muncul dipasaran.
Kesimpulannya artikel ini ialah penggunaan teknologi-teknologi seperti ini akan terus berkembang dari masa ke semasa. Setiap individu di dunia ini memerlukan barangan elektronik / electronic gadget untuk keperluan hidup mereka. Barangan elektronik / electronic gadget seperti telefon bimbit, laptop, ipod, MP3, kamera dan pelbagai barangan elektronik yang ada di pasaran alam terus digilai dan terus menyinari diri setiap individu di dunia ini.
Friday, September 11, 2009
Artikel 1
-Artikel 1 bertajuk "Communicating for a new age".Artikel ini mengisahkan tentang peranan komunikasi itu sendiri berubah dari masa ke semasa dan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Penulis artikel ini sendiri ingin melihat bagaimana kesan komunikasi dari satu generasi ke satu generasi lain dan kesannya dalam sektor pekerjaan. Menurut Carol Kinsey Goman,generasi baru yang memasuki dunia pekerjaan akan membawa cara baru dalam pekerjaan mereka. Disini sahaja kita dapat melihat bahawa perbezaan sesuatu generasi itu akan membawa kepada pendekatan berbeza yang digunakan dalam sektor pekerjaan.
-Pengkelasan mengikut generasi dapat dilihat seperti berikut:
i)veteran generation=1927-1945, ii)baby boomers=1946-1964, iii)generation x=1965-1983, iv)generation y=1984-sekarang.
-Sudah pasti setiap institusi pekerjaan menginginkan para pekerja mereka terdiri daripada generasi-y. Ini adalah disebabkan pada zaman moden ini, setiap pekerjaan memerlukan pekerjanya pakar menggunakan teknologi seperti komputer dan sebagainya. Perhubungan diantara pekerja dan majikan juga semakin mudah apabila e-mail mula menjadi medium penghubung berbanding secara bersemuka dan sebagainya. Hal ini kerana teknologi itu sendiri yang yang mengubah cara manusia berhubung.
-Walaupun ramai pekerja dalam kumpulan generasi-y,akan tetapi penggunaan kaedah perhubungan dalam setiap generasi boleh dikekalkan jika ia bertepatan dan relevan dengan kehendak semasa.Sebagai contoh saluran bersemuka masih boleh digunakan kerana ia lebih mudah dan bekesan jika dilaksanakan dalam setiap pekerjaan, Ini akan lebih memberikan jawapan yang releven dan rasional melalui bersemuka dan keputusan yang dibuat adalah mengikut kepuasan kedua-dua pihak melalui bersemuka.
-Kesimpulannya dapatlah dilihat bahawa generasi-y merupakan satu generasi yang begitu maju dalam penggunaan teknologi. sedikit sebanyak menyokong artikel tersebut dan beranggapan kita tidak boleh lari dari menggunakan teknologi dan apabila kita bercakap mengenai teknologi ini ia sedikit sebanyak merujuk kepada generasi-y.
-Generasi-y ini akan terus berkembang dan memainkan peranan yang penting di dalam sektor pekerjaan. Akan tetapi generasi-generasi terdahulu mempunyai kesukaran namun mereka perlu menerima dengan seadanya bahawa generasi mereka telah berlalu dan perlu membiarkan generasi-y terus berkembang dan memacu sektor pekerjaan.
-Dalam dunia globalisasi ini, kita harus merebut peluang untuk mempelajari dunia teknologi supaya dapat memudah dan mempercepatkan kerja supaya seiring dengan dunia globalisasi pada masa kini.